KETAHUI PUNCA-PUNCA BAGAIMANA JERAGAT BOLEH BERLAKU

Kalau kat muka kita mula timbul bintik-bintik hitam, itu tanda kepada permulaan jeragat. Sekiranya tidak dirawat dari awal, bintik-bintik hitam ini akan menjadi semakin terang dan mula membentuk tompokan hitam. Jeragat tidak memberi kesan yang buruk pada kesihatan, tapi kulit muka akan kelihatan kusam dan tidak bermaya

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan timbulnya jeragat di kulit muka. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa darinya :-

1. Matahari




Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi/jeragat malah boleh membawa kepada masalah yang lebih besar iaitu kanser kulit.


2. Kehamilan

Yang ini memang saya alami sendiri. Semasa mengandungkan anak yang ke-4, kulit muka jadi seperti kehitaman, jeragat baru pun banyak yang tumbuh. Sebab masa hamil, hormon jadi tak menentu, jadi mudah untuk dapat masalah kulit seperti jeragat.


Bagi yang bernasib baik, masalah jeragat ini akan pudar atau hilang selepas bersalin, Tetapi ada juga ibu yang terus mengalami jeragat walaupun selepas melahirkan anak.

3. Rawatan Hormon
Ramai ibu yang mengambil pil perancang kehamilan mengalami masalah jeragat. Ada kajian yang  menunjukkan ibu yang menerima rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon dan implan banyak mengalami masalah jeragat.
 
4. Ubat-ubatan


Ramai yang tidak sedar bahawa pengambilan beberapa jenis ubat boleh memberi kesan sampingan pada keupayaan kulit kita untuk merawat dan menghasilkan sel baru dengan aktif. Ia juga menyumbang kepada punca jeragat.

5. Pewangi

Kandungan pewangi dalam produk-produk seperti sabun mandi, pencuci muka boleh menyebabkan tindak balas 'phototoxic' berlaku, Ini juga antara punca terjadinya jeragat. Ini boleh dielakkan dengan menggunakan produk yang berasasakan semulajadi.



Ramai yang tidak faham dan tidak sedar akan penyebab atau punca jeragat. Sistem pertahanan kulit menjadi lemah apabila kita terdedah kepada punca-punca yang dinyatakan. Sel-sel kulit menjadi mudah rosak dan mati. Sel yang mati akan bertukar warna menjadi gelap dan membentuk jeragat.


Kalau anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang punca jeragat dan cara untuk mengatasinya, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu.

Masalah jeragat ini tidak boleh diambil secara lewa dan perlu di rawat kerana bintik-bintik hitam ini boleh merebak menjadi tompokan hitam. Boleh baca bagaimana cara jeragat boleh di rawat dengan lebih lanjut di cara atasi bintik hitam jeragat sebelum jadi kronik 

Rihan 012-2404057
Shaklee ID : 1236334

Boleh juga lawati Facebook saya Norihan Maelah atau akaun Instagram norihan_m


 

alau puan berminat untuk tahu lebih lanjut, saya sangat cadangkan puan hubungi saya.
Puan boleh Whatsapp saya ke 0193949873.
InsyaAllah saya cuba bantu dengan teknik yang dah terbukti berkesan.
- See more at: http://norfaziela.com/bagaimana-nak-hilang-jeragat-cepat/#sthash.x5OROdaz.dpuf