KESAN BURUK GUNA PRODUK YANG SEBABKAN KULIT MENGELUPAS

Perempuan ke, lelaki ke mesti nak kan kulit yang sihat dan nampak segar gitu kan. Di peringkat usia remaja dan belia, masalah yang sering dihadapi ialah jerawat. Manakala bagi kalangan umur 30an dan 40an pula, lebih ramai yang mengalami masalah kulit kusam, jeragat dan bintik-bintik hitam di muka.

Tapi awas tau, walau pun kita nak kulit kita cantik macam tu janganlah cuba produk yang ada bahan kimia merbahaya. Produk yang buat kulit muka kita mengelupas. Kulit kita menghasilkan sel-sel baru setiap 21 hari. Sel-sel yang mati atau rosak akan berkumpul dan menyebabkan kulit kita nampak kusam dan tidak bermaya. Akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti jeragat, jerawat dan pori-pori besar

kulit kusam

Sebarang produk atau teknik-teknik rawatan pengelupasan kulit akan sebabkan lapisan kulit epidermis (lapisan paling atas) dan dermis (lapisan kedua) kita rosak dan menjadi nipis dari asal. Boleh juga kita kata kan seperti hakisan kulit.Kulit menjadi kasar dan seperti bersisik.

Kita perlu jauhi produk-produk yang mempunyai bahan kimia seperti merkuri dan hidrokuinonHidrokuinon bersifat peluntur dan boleh membuatkan kulit muka kita mengelupas. Boleh juga dikatakan yang hakisan kulit berlaku. Cara kerja hidrokuinon ialah dengan menghalang aktiviti pembentukan melanin yang berfungsi sebagai pelindung daripada sinar uv.
Bila lapisan kulit muka kita dah terhakis, kulit kita dah tak cukup protin dan melanin untuk lindungi dari sinar uv dan panas matahari. Kita jadi amat terdedah kerana kulit sudah tidak mampu untuk menepis sinar uv dari matahari. Jadi bila berpanas kulit muka kita mudah sangat untuk jadi ruam @ merah  dan timbul juga rasa pedih dan perit seakan kulit terbakar.

Selain daripada itu, bahan-bahan kimia ini amat mudah untuk diserap masuk ke salur darah kita dan akan membawa kepada penyakit-penyakit lain yang merbahaya dalam jangkamasa panjang. Amat membahayakan kesihatan.

Gunalah produk kecantikan yang selamat, semulajadi dan tak ada bahan-bahan kimia merbahaya. Walaupun kesan penggunaan tidak dapat dilihat dengan sekelip mata tetapi yang penting produk-produk sebegini tidak merosakkan kulit dan tidak membahayakan kesihatan kita.

Shaklee menyediakan rangkaian produk kecantikan untuk kegunaan sepanjang hari, Produk-produk ini sememangnya berasakan bahan semulajadi dan amat selamat untuk digunakan.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut atau untuk membuat tempahan produk semulajadi ini.

Saya seorang pengedar sah Shaklee bagi kawasan Kajang dan Bangi. Bagi kawasan-kawasan lain saya menyediakan khidmat penghantaran melalui pos.  

Rihan 012-2404057
Shaklee ID : 1236334
Facebook : Norihan Maelah
Instagram : norihan_m