Tujuh Cara Mengecilkan Liang Pori yang Terbuka Dengan Berkesan

Baru-baru ni Rihan dapat dua wasap yang bertanyakan tentang masalah yang sama. Dua-dua ada masalah liang pori terbuka atau liang pori besar.

Liang pori besar atau terbuka akan sebabkan kulit muka nampak lebih tua, kasar dan kusam. Ramai jugak yang samakan dengan kulit limau.

Nak tau cara untuk kecilkan pori yang terbuka? Sila tengok video ni.



Antara faktor-faktor penyebab liang pori besar adalah :-
- kulit yang berminyak
- tekanan
- penjagaan kulit yang kurang
- genetik
- salah guna produk

7 Cara Mengecilkan Pori Terbuka


1. Putih telur

Putih telur boleh membantu masalah liang pori besar. Ambil putih telur dan sapukan pada muka. Biar selama lebih kurang 20 minit. Bilas dengan air sejuk.

Boleh dibuat 2 kali seminggu.

2. Tomato

Tomato juga boleh mengecilkan liang pori yang terbuka. Lenyek atau blend tomato dan sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk.

Tomato juga amat baik untuk menghaluskan kulit wajah dan boleh membantu mengatasi masalah parut.

3. Ais

Ambil kiub-kiub ais yang kecil dan  balutkan dengan kain. Gosokkan kain tadi ke seluruh wajah. Boleh lakukan setiap malam.

Ini akan membantu mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka.

4. Lemon

Ciri-ciri astrigen yang ada pada lemon boleh membantu mengecutkan liang pori yang terbuka. Juga akan menegangkan kulit dan membantu liang-liang yang tersumbat.

5. Lidah Buaya

Menggunakan daun lidah buaya juga akan membantu mengecilkan pori. Ambil gel lidah buaya dan sapu rata ke muka. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air.

6. Betik

Dengan menggunakan betik sebagai masker, akan membersihkan kotoran di muka, menghilangkan sel-sel mati dan mengecilkan pori-pori di muka.

Caranya, hancurkan betik dan sapukan ke muka sebagai masker dan biarkan selama 30 minit.

7. Timun

Menggunakan timun untuk mengecilkan pori boleh dengan

- potong timun dan letakkan di muka. Bilas selepas 30 minit atau
- parut timun dan ambil airnya. Sapukan ke muka dan biarkan sebentar sebelum di bilas.

Cara Menghilangkan Pori-pori Terbuka dengan Produk Semulajadi Shaklee

Anda juga boleh menggunakan produk semulajadi Shaklee untuk mengecilkan liang pori yang terbuka.

a. GLA Complex

GLA akan membantu menstabilkan hormon supaya minyak yang dikeluarkan tidak terlalu banyak.

GLA juga boleh membantu merawat sel dinding pori yang rosak. Sel kulit baru yang licin dan halus akan dihasilkan.

b. Vitamin C

Vitamin C membantu penghasilan kolagen dalam badan anda.

Sangat tinggi anti oksidan yang akan menegangkan kulit dan mengecilkan pori terbuka.

Meningkatkan daya tahan kulit daripada serangan bakteria yang boleh menyebabkan masalah liang pori terbuka ini.

c. Carotomax

Juga antioksidan yang tinggi. Carotomax mengandungi beta-carotene yang berfungsi untuk kecutkan bukaan liang pori yang besar.

Hubungi Rihan - Untuk Set Kecilkan Pori

Pengambilan set kecilkan pori akan dapat mengatasi punca sebenar masalah ini. Kulit akan jadi lebih sihat, licin, cerah dan berseri. Set in juga bagus untuk masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan kulit kusam.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Rihan di 012-2404057. Konsultansi berterusan dan cara makan yang betul akan dikongsikan untuk hasil yang di impikan.