5 Cara Mengatasi Masalah Buasir Dengan Berkesan

Buasir....

Alahai sakitnya bila kena buasir. Kadang-kadang nak gi jumpa doktor pun segan lak rasanya. Yalah...sebab buasir kan terjadi pada tempat yang privasi. Tapi kalau dah sakit, redah ajerlah.

Nak tau cara-cara nak hilangkan buasir. Jom tengok dulu video yang Rihan dah sediakan ni.


Apa Itu Buasir?

Buasir ialah keadaan dimana saluran darah venus membengkak di kawasan dubur. Ada 2 jenis buasir iaitu buasir dalam dan buasir luar.

Punca terjadinya buasir boleh disebabkan daripada :-

- selalu meneran ketika buang air besar
- duduk atau berdiri terlalu lama
- cirit birit yang berpanjangan
- hamil
- berat badan berlebihan
- sembelit

Tanda-tanda Anda Ada Buasir

Jika anda ada buasir, biasanya akan mengalami simptom-simptom seperti :-

- sakit dibahagian dubur selepas membuang air besar
- sakit dibahagian dubur ketika duduk
- pendarahan semasa buang air besar
- rasa gatal dibahagian dubur
- terdapat daging membengkak pada bahagian luar dubur (buasir luar)

Cara-cara Untuk Menghilangkan Buasir

1. Minum Air yang Mencukupi

Kandungan cecair yang cukup di dalam tubuh akan membantu mengelak sembelit yang merupakan antara punca buasir.

2. Jangan Berdiri atau Duduk Terlalu Lama

Ini kerana ia akan memberi tekanan pada perut dan salur darah yang boleh menyebabkan buasir.

3. Diet yang Tinggi Serat

Ambil diet yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini akan dapat membantu najis jadi lebih lembut.

4.Jangan Meneran Dengan Kuat

Elakkan daripada meneran dengan kuat ketika membuang air besar. Meneran akan memberi tekanan pada salur di kawasan dubur dan boleh sebabkan bengkak.

5. Jangan Menahan Jika Terasa Nak Membuang Air Besar

Jika sudah ada terasa nak membuang air besar, segeralah ke tandas. Jika tidak, najis akan menjadi kering dan semakin kerasa hingga sukar untuk dikeluarkan dan menyebabkan buasir.

Hilangkan Buasir dengan Set Buasir Shaklee

Selain mengamalkan 5 cara untuk menghilangkan buasir di atas, anda juga boleh ambil produk-produk semulajadi ini.

1. Omega Guard

Omega Guard bersifat anti radang. Biasanya bila buasir bahagian dubur akan bengkak dan sakit. Dengan mengambil Omega Guard, akan dapat mengurangkan bengkak dan seterusnya akan menghilangkan rasa sakit.

2. Vitamin C

Vitamin C pula untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Bagi buasir yang agak serius, akan ada pendarahan bila membuang air besar. Maknanya, sudah ada luka di bahagian usus mungkin kerana bergesel dengan najis yang keras.

3. Ostematriks

Salah satu punca terjadinya buasir adalah disebabkan oleh sembelit. Ostematriks membantu proses pelawasan dan juga mengelakkan terjadinya sembelit.

4. Vivix

Vivix sangat tinggi antio oksidan dan juga bersifat anti radang. Kandungan resveratrol dan polifenol dalam Vivix boleh memperbaiki sel-sel yang telah rosak akibat dari buasir.

Hubungi Rihan - Untuk Set Buasir Shaklee

Walaupun ramai sebenarnya yang mengalami buasir, ada yang malu untuk ke klinik dan berjumpa doktor. Rawat buasir dengan segera sebelum ia jadi semakin parah. Hubungi Rihan di 012-2404057.