Makanan yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Batu Karang

Anda ada masalah batu karang?
Apakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit batu karang?

Dikatakan bahawa masalah batu karang mempunyai peratusan yang tinggi antara 70-80% untuk berulang kembali.

Gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang memberi kesan yang kurang baik pada kesihatan. Cara pemakanan sihat adalah sangat penting. Apa yang kita makan, sedikit sebanyak akan refleks kepada kesihatan kita.

Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Batu Karang

Bila anda menghadapi masalah batu karang, adalah sangat-sangat perlu untuk anda lebih menjaga pemakanan anda. Jom kita tengok apa makanan yang pesakit batu karang perlu elakkan.

1. Minuman Bergas

Kita biasa dengar untuk minum air dalam kuantiti yang cukup setiap hari. Itu betul....


Pastikan anda tidak mengambil minuman bergas kerana ia kaya dengan fosfat yang tidak elok untuk masalah batu karang.
Juga elakkan minuman manis kerana kandungan perasa tiruannya.

2. Jauhi Makanan Ringan dan Makanan Dalam Tin

Makanan ringan @ jajan dan makanan dalam tin perlu dielakkan. Makanan sebegini mengandungi kadar garam yang tinggi.

3. Kacang Soya

Kacang soya mengandungi oksalat yang mengikat kalsium dan boleh menggalakkan terbentuknya batu karang.

4. Kekacang


Jenis kekacang juga mengandungi kadar oksalat yang tinggi dan tidak elok untuk pesalit batu karang. Jadi elakkan kekacang seperti kacang badam, kacang hazel, kacang pecan dan lain-lain.

5. Coklat

Coklat juga antara yang anda perlu elakkan. Coklat mengandungi oksalat. Selain daripada itu, coklat mengandungi tyramine yang menaikkan risiko terbentuknya batu karang.

6. Sayuran Tertentu

Elakkan sayuran seperti bayam dan cendawan kerana juga mengandungi kadar oksalat yang tinggi dan boleh menyebabkan risiko batu karang.

Selain daripada 6 jenis makanan ini. anda juga boleh mengambil supplemen untuk membantu mengatasi masalah batu karang

 

Hubungi Saya 

Hubungi Rihan di 012-2404057 untuk info lanjut tentang masalah batu karang atau untuk membuat pesanan.