Bahaya Penyakit Batu Karang -

Minggu lepas sempat sembang-sembang dengan kawan. Dapat tau yang bos dia baru jer meninggal dunia akibat batu karang.


Bos member ni memang aktif ke sana sini. Berniaga makanan. Umur 40an dan tak pernah dengar ada masalah kesihatan.

Ceritanya, pagi tu katanya dah rasa tak sihat. Badan pun berpeluh-peluh dan rasa sakit mencucuk-cucuk kat pinggang. Tapi masih lagi cuba bekerja macam biasa. Sampai tengahari dah tak boleh tahan....

Mintak tolong hantar ke hospital. Bila sampai hospital, terus kena tahan. Doktor suspek ada batu karang.

Buat test dan bila dapat result, rupanya betul ada batu karang. Doktor suggest untuk buat pembedahan segera sebab saiz batu karang dah agak besar dan dah ada jangkitan kuman.

Lepas berbincang dengan ahli keluarga, buat keputusan untuk ikut apa yang doktor tadi cadangkan.  Tapi....dah sampai umur dia, meninggal dunia sehari selepas pembedahan

Jadinya silalah ambil berat kalau ada tanda-tanda penyakit batu karang. Segeralah buat pemeriksaan untuk tahu kedudukan kesihatan kita.

Kesihatan kita tak ternilai harganya....