5 Cara Elakkan Penyakit Batu Karang Daripada Berulang

Buat anda yang dah pernah mengalami masalah batu karang, tentu dah tau sakitnya macam mana. Dikatakan jugak yang, bagi sesiapa yang dah pernah kena batu karang, kebarangkalian untuk dapat untuk kali kedua adalah lebih tinggi.

Apa yang boleh anda buat untuk elakkan masalah batu karang ini berulang?

5 Cara Elakkan Penyakit Batu Karang Berulang

1. Minum air dengan cukup

Apabila kita minum air dengan banyak, akan menyebabkan kita lebih sering ke tandas. Ini bagus kerana garam galian yang menyebabkan batu karang tidak dapat berkumpul kerana telah keluar melalui air kencing.


Air kencing jadi cair. Air yang cukup dapat mengelakkan garam galian daripada menjadi pekat dan membentuk batu karang.

2. Kurangkan Pengambilan Makanan yang Mengandungi Oksalat dan Fosfat.

Oksalat dan fosfat menggalakkan terbentuknya batu karang. Oksalat dan fosfat ialah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam makanan atau minuman.



Antara contoh makanan yang mengandungi oksalat dan fosfat ialah kekacang, minuman soda, asparagus, blueberi dan kiwi.

3. Kurangkan Protein Haiwan dalam Diet



Makanan yang tinggi protein haiwan seperti daging merah, organ dalaman haiwan dan makanan laut meningkatkan kandungan kalsium, fosforus dan asid urik dalam badan.

Ini boleh menyebabkan batu karang mudah terbentuk.

4. Air Lemon



Air lemon bagus untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Juga menghalang mineral dari terkumpul dan menyebabkan pembentukan batu karang.

5. Kurangkan Gula dan Garam dalam Diet

Kurangkan pengambilan gula dan garam dalam menu seharian. 


Gula akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin. Seterusnya menyebabkan kalsium tambahan dikeluarkan dalam air kencing.


Batu karang mudah menyerang anda buat kali kedua. Cegahlah sebelum ia terjadi dan menjejaskan kesihatan.

Jika anda mahukan cara untuk mengelakkan batu karang dengan lebih mudah dan selamat, whatsapp 'batu karang' ke 012-2404057

carian berkaitan : tips elak batu karang, petua batu karang, cara atasi batu karang, elak batu karang berulang