7 Cara Menghilangkan Batuk dan Selsema Kanak-kanak

Kanak-kanak mudah sangat nak kena batuk dan selsema. Perubahan cuaca, asap, habuk, sistem imun yang rendah dan virus antara yang boleh menyebabkan anak-anak kita ni mendapat selsema dan batuk.

Kalau anak masih baby atau di bawah umur 2 tahun, doktor pun tak beri ubat untuk batuk dan selsema ni. Risau kan....

Sebagai ibu bapa, mestilah kita nak selalu tengok anak kita sihat. Seronok dengar celoteh anak, ceria dan aktif.


Bagaimana Cara untuk Melegakan Batuk dan Selsema Kanak-kanak

1. Pastikan anak dapat rehat yang cukup.

Bila anak dijangkiti batuk dan selsema, silalah minimumkan masa di luar. Elakkan dari bawa anak ke tempat-tempat awam seperti taman permainan, pasaraya kerana anak akan cepat letih.

Anak juga mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih dari batuk dan selsema.

2. Pengudaraan Rumah yang Baik

Buka tingkap atau pintu supaya pengudaraan dalam rumah menjadi lebih baik dan segar.

3. Kunyit


Tumbuk sedikit kunyit hidup dan sapukan pada batang hidung anak.Ni selalu jumpa terutama orang-orang tua buat.

4. Mandian lemon

Mandian lemon juga dikatakan boleh melegakan batuk dan selsema. Letakkan beberapa potongan lemon dalam air mandian anak.

5. Tepuk Percussion

Tepuk bahagian belakang anak dengan tangan yang melengkung. Ini dikatakan akan melonggarkan kahak seterusnya memudahkan kahak keluar.

6. Minyak Bawang Putih

Ambik 1 labu bawang putih dan bakar. Kemudian lenyekkan dan campur dengan minyak zaitun @ minyak masak. Boleh disapu pada dada dan ini boleh membantu melegakan pernafasan yang tersumbat.

7. Pemakanan Ibu

Pemakanan ibu juga memainkan peranan penting. Lebih-lebih lagi untuk anak yang masih 100% menyusu badan. Pastikan ibu ambil makanan yang sihat dan berkhasiat. Supaya khasiat ini dapat disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Semoga cara-cara ini dapat membantu ibu dan bapa yang selalu risau bila anak di serang selsema dan batuk.

Bagi anda yang juga mahukan cara untuk atasi masalah ini dengan lebih mudah dan berkesan, sila whatsapp 'selsema' ke 012-2404057

carian berkaitan : anak batuk, anak selsema, cara hilangkan batuk, cara hilangkan selsema, anak batuk dan selsema, cara hilangkan batuk dan selsema