Tanda-Tanda Penyakit Batu Karang - Jangan Abaikan

Apa sebenarnya penyakit batu karang?

Secara umumnya, batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam badan dan akhirnya membentuk ketulan @ batu.

batu karang
Penyakit batu karang lebih ramai dihidapi oleh kaum lelaki berbanding wanita. Ini kerana kaum lelaki mempunyai kadar hormon testosteron yang lebih tinggi.

Batu karang boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter)

Biasanya pesakit batu karang, tidak menyedari yang mereka ada masalah ini sehinggalah apabila ia telah sampai ke tahap yang serius. Ada beberapa tanda-tanda batu karang yang kita boleh berikan perhatian.

Tanda-tanda Batu Karang

1. Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada bahagian sisi pinggang samada kiri atau kanan.

sakit di bahagian abdomen


2. Merasa loya seperti hendak muntah.

3. Berpeluh-peluh

4. Sukar untuk buang air kecil @ ada juga yang langsung tidak boleh.

5. Kencing berdarah. Darah yang ada ini adalah dari luka yang disebabkan oleh batu karang.

6. Perubahan warna air kencing dan berbau.

Air kencing biasanya berwarna kuning. Jika warna air kencing berubah menjadi keruh dan berbau, ini mungkin tanda anda menghidap batu karang.

6. Demam hingga mengigil-gigil.

7. Tubuh terasa lemah dan tidak bertenaga.

8. Muka pucat.

9. Kulit menjadi kering

10. Adakalanya, badan membengkak @ sembab terutamanya pada bahagian muka.

Segera Bertindak

Penyakit batu karang, memang amat menyakitkan. Serba serbi tak kena. Memang tak senang duduk dibuatnya. Pendek kata, jadi tak keruan.

Ada juga pesakit yang sengaja menangguhkan usaha untuk merawat batu karang. Akibatnya, saiz batu karang bertambah besar hingga boleh menyebabkan buah pinggang jadi bengkak dan saluran air kencing tersumbat.

Kan dah tambah merbahaya....

Segeralah berjumpa doktor jika ada terdapat tanda-tanda batu karang untuk dapatkan pemeriksaan lanjut tentang tahap kesihatan dan juga untuk mengetahui saiz batu karang

Jangan bertangguh lagi.

Hubungi