3 Cara Supaya Anak Rajin Belajar Sebelum Peperiksaan

Bila menjelang musim exam jer, mesti ibu-ibu semua dah rasa risaukan. Tapi bila tengok anak-anak relax jer. Masih happy lagi main sana sini.Tak der pun nak mengulangkaji pelajaran. Macamana kita nak buat supaya anak-anak kita ni rajin dan suka belajar.

Rihan nak kongsikan dari FB page Ibu Rose - Mesejnya Kasih, tentang tips nak buat anak rajin belajar sebelum peperiksaan. Rihan pun ada 3 orang anak yang bersekolah, jadi sama-samalah kita kongsikan ilmu.



Kenapa anak kita malas belajar?  Kata ibu Rose

' Maaf, untuk Ibu nyatakan bahawa ianya menjadi tabiat kerana semasa anak itu masih kecil, penggunaan gajet, masa menonton TV tidak dikawal. Masa belajar juga tidak dikhaskan. Oleh itu, anak-anak membuat undang-undang mereka sendiri dan tidak meletakkan belajar itu penting.'



'Kedua, kerana anak mula-mulanya liat untuk belajar, maka ibu bapa mungkin menggunakan kaedah marah, ugut atau bribe. Maka lama-lama ianya tidak jugak memberi kesan yang dikehendaki.'

Menurut Ibu Rose, kita boleh cuba 3 idea ni :-


1-Beritahu mereka bahawa anda akan tegas dengan masa mereka ulang kaji dan bersedia untuk peperiksaan. Kerana berusaha untuk kejayaan itu sangat penting. Gunalah kaedah memujuk dahulu kemudian dengan lembut dan tegas beritahu mereka anda akan tegas.

2-Beritahu exam dah nak dekat, maka mereka mesti ulangkaji depan anda untuk sekian sekian masa. KHASKAN MASA UNTUK ULANGKAJI. Masa itu gajet anda pegang sehingga habis masa ulangkaji. Anda juga akan beri balik, jika anda berpuas hati dengan usaha mereka.

3-Pastikan bahan untuk mengulangkaji itu cukup. Keadaan yang tenang diwujudkan. Jika tahu 'barouqe music' maka pasanglah untuk memudahkan pembelajaran.

Semua ni kita perlu buat dengan tegas dan penuh kasih sayang. Jangan takut anak marah atau merajuk. Dan selepas habis exam, ambil masa untuk rehat selama seminggu. Lepas tu, terus wujudkan masa belajar untuk anak-anak. Ini untuk bentuk tabiat baru anak. Masa cuti jugak, boleh lakukan aktiviti yang menyeronokkan semasa ulangkaji.

Nak membesarkan anak pada zaman sekarang ni, memang sangat mencabar. Kita sebagai ibu bapa juga perlu belajar tentang ilmu keibu bapaan ini. 

Ada banyak tips-tips yang berguna dan bermanfaat yang Ibu Rose kongsikan di page beliau. Semoga kita semua dapat sentiasa memperbaiki diri sebagai ibu dan bapa dan menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak kita.

Silalah like page Ibu Rose : Ibu Rose - Mesejnya Kasih

Norihan Maelah (Shaklee Independent Distributor - 1236334)
Dapatkan sebarang produk Shaklee dari Rihan 012-2404057