TIPS URUS KEWANGAN SELEPAS RAYA - ELAK POKAI

Selepas raya ni mesti ramai yang menghitung hari untuk next gaji kan....
Rasa macam lama jer lagi nak sampai hujung bulan.

Mesti dah banyak berbelanja untuk persiapan menyambut hari raya. Yalah, ramai orang kata raya kan setahun sekali. Tapi itu tak bermakna yang kita boleh berbelanja sakan sampai semua benda pun nak kita beli. 


 Kalau kita cakap pasal wang @ duit ni, orang kata tak pernah cukup. Semua orang pun perlu dan nak kan wang. Baik yang bujang atau yang dah berkeluarga. Semua pun ada tanggungjawap masing-masing dan nak kehidupan yang selesa.

Bagi yang dah berkeluarga, semestinya nak berikan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga. Sekurang-kurangnya nak berikan asas pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Nak bersedia untuk keperluan mereka di masa hadapan. Dan kita sendiri pun mesti mahukan diri dan keluarga sendiri mampu untuk hidup selesa tanpa krisis kewangan.


TIPS KEWANGAN 

Rihan nak kongsikan beberapa tips kewangan. Tips ni boleh jer kita amalkan, tak kiralah semasa musim raya atau hari-hari biasa. 


Sebagai panduan untuk pastikan yang kita tak berhadapan dengan situasi kesempitan wang pada bila-bila masa.

1. Kurangkan makan diluar & bawa bekal ke ofis

Ni boleh kita amalkan, bukan selepas musim raya jer. Hari-hari biasa pun boleh. 

Rihan ada juga buat ni. Pagi-pagi tu siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Siapkan juga makanan tengahari untuk si bujang yang balik dari sekolah tengahari nanti.

So, Rihan akan bawa sedikit untuk bersarapan dan juga makan tengahari di pejabat. Lagipun makanan yang kita sediakan sendiri lebih bersih dan selamat.

2. Tentukan keperluan dan kehendak

Kita dahulukan keperluan diri dan keluarga sebelum fikirkan tentang kehendak. Kita boleh tangguhkan dulu perkara-perkara yang berasaskan kehendak. 

keperluan vs kehendak

Janganlah tengok jiran sebelah tukar langsir raya baru, kita pun nak tukar. Sedangkan langsir kita masih elok dan cantik lagi. 

Tengok pulak kakak update kat facebook beli sofa baru, kita pun sama kelam kabut nak tukar sofa.

Tetapkan dan didik diri untuk beebelanja secara berhemah. Nanti beraya dengan segala benda baru, selepas raya pulak, termenung sebab duit dah susut.

3. Tabung khas hari raya

Elok kalau kita dapat sediakan satu akaun khas untuk persediaan hari raya. Maknanya setiap bulan kita peruntukkan sejumlah wang sebagai persiapan. 

tabung raya

Disiplinkan diri untuk asingkan walaupun sedikit untuk tabung khas ini. So bila tiba masanya, kita akan gunakan simpanan dari tabung khas ni. Taklah serabut kepala kan....

4. Mula Berniaga

Mari kita mula berniaga. Sekurang-kurangnya anda akan ada duit tambahan, Rihan sarankan untuk memulakan perniagaan yang bermodal kecil. Maka risiko juga kecil. Tak perlu berhutang sana-sini sebab nak mulakan bisnes

Rihan nak ajak anda semua untuk sertai Rihan dalam bisnes Shaklee. Bisnes ni dah berjaya mengubah kehidupan ramai orang dan kehidupan Rihan sendiri.

tambah pendapatan


Bermodalkan RM 79.50, anda akan mendapat ‘starter kit’ sebagai panduan dan rujukan. Banyak info dan ilmu tentang produk yang anda boleh dapat dari kit ini.

Jangan risau..... Rihan juga sentiasa sedia untuk memberi tunjuk ajar, membantu dan membimbing anda semua. Semuanya PERCUMA.

Dalam bisnes Shaklee ni, anda akan mendapat menambah pendapatan melalui untung runcit dan bonus (ni akan dibayar setiap 15hb). InsyaAllah, anda semua akan mendapat jualan dan pulangan modal dalam masa yang singkat. Yang penting anda kena mulakan.

Semoga menjadi panduan untuk kita sama-sama amalkan tips ni dan semoga kewangan akan lebih baik dan terurus walaupun selepas musim raya.

Rihan 012-2404057