Selain daripada kita amalkan rawatan secara dalam untuk masalah jeragat, jerawat dan parut ini dengan mengambil suplement, kita juga boleh merawat secara luaran. Hari ni saya akan sharekan beberapa resepi masker dengan menggunakan vitamin-vitamin Shaklee yang kita semua boleh buat sendiri kat rumah.
Masker dapat meningkatkan fungsi kesihatan kulit kita. Rawatan kulit dari luar ini dapat meningkatkan tahap keberkesanan proses rawatan. Secara umumnya, penggunaan masker ini dapat membantu mengeluarkan dan membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan jeragat. Masker juga membantu mengecutkan jerawat dan memudarkan parut
MASKER VITAMIN C
Kelebihan masker Vitamin C ni ialah ;-
- meransang penghasilan kolagen dari dalam
- menegangkan kulit muka
- mengecutkan jerawat
- mencerah & menyegarkan wajah
MASKER ALFALFA
Masker Alfalfa ini membantu menanggalkan sel-sel mati yang meyebabkan jeragat pada kulit dan boleh memudarkan parut. Juga bagus untuk menghilangkan gatal-gatal pada wajah. Kulit jadi lebih halus, licin dan lembut
MASKER ESP & YOGURT
Bagi masker ini pula, ESP di campurkan dengan yogurt. Boleh juga dicampurkan dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Seterusnya, sapukan di muka dan biarkan selama 15-20 minit sebelum di bilas dengan air bersih.
Selain daripada 3 resepi masker di atas, vitamin-vitamin ini juga boleh digabungkan untuk resepi masker yang lain seperti :-
1. Masker ESP + Alfalfa Complex
2. Masker ESP + Vitamin E
3. Masker ESP + Vivix
4. Masker Vitamin E + Vitamin C
5. Masker Vitamin C + Collagen Powder
6. Masker Vivix + Collagen Powder
Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, kita kenalah rajin dan konsisten dalam pengambilan vitamin-vitamin ini dan mengamalkan pemakaian masker. Ini boleh mencepatkan proses rawatan kulit untuk masalah jeragat, jerawat dan parut. Seterusnya menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih, sihat dan segar
Jika ada sebarang persoalan, anda boleh hubungi saya samada dengan menulis di ruangan komen atau whatsapp/pm saya (Rihan 012-2404057). Juga bagi yang berminat untuk mendapatkan produk semulajadi ini, sila hubungi saya.
ID : 1236334
FB : Norihan Maelah
IG : norihan_m
No comments
Post a Comment